Saturday, January 9, 2010

TUGASAN PROJEK BM AKADEMIK 1

Negeri Sembilan yang satu-satunya negeri yang mengamalkan adat pepatih, mengandungi pelbagai unsur budaya dan kesenian yang unit dan wajar ditengahkan untuk tatapan generasi muda. Antaranya ialah bongai dan berendui yang mengandungi pelbagai jenis puisi. Bongai adalah sejenis lagu rakyat tradisional Negeri Sembilan yang dinyanyikan secara solo atau berduet. Bongai amat popular dalam kalangan masyarakat Negeri Sembilan suatu ketika dahulu, khususnya dalam majlis keramaian seperti perkahwinan dan sebagainya. Manakala berendui pula merupakan acara menidurkan bayi di dalam buaian yang dipersembahkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT atas kelahiran bayi tersebut. Berdasarkan kenyataan di atas, para pelajar dikehendaki menyiapkan tugasan projek seperti yang dinyatakan di bawah ini:

1. Menyediakan satu folio tugasan yang lengkap secara individu.
2. Menyediakan prosedur kerja dan senarai semak yang lengkap.
3. Nyatakan tarikh dari merancang, mengumpul bahan, menulis, menyemak dan menjilid.
4. Proses mengumpul maklumat dan bahan yang diperlukan menerusi pelbagai kaedah.
5. Analisis lirik lagu bongai dan berendui dari perspektif nasihat dalam pelbagai aspek.
6. Melakonkan adat merisik, bertunang, akad nikah, bersanding dan potong jambul dengan mengaplikasikan bongai dan berendui secara berkumpulan.

No comments:

Post a Comment