Sunday, January 10, 2010

CONTOH MENULIS SENARAI RUJUKAN GAYA APA

BUKU

Seorang Pengarang
Nama Pengarang (Inggeris) - James K. Boyce
Boyce, J.K. (2002). The political economy of the environment. United Kingdom : Edward Elgar
Nama Pengarang (Malaysia) - Ma'rof Redzuan
Ma'rof Redzuan. (2001). Psikologi sosial. Serdang : Penerbit UPM Sdn. Bhd.

Dua Orang Pengarang
Nama Pengarang (Inggeris) - Edward, S. Inch dan Barbara Warnick
Inch, E.S., & Warnick, B. (2002). Critical thinking and communication: The use of reason in
argument. Boston : Allyn and Bacon.
Nama Pengarang (Malaysia) - Ma'rof Redzuan dan Haslinda Abdullah
Ma'rof Redzuan & Haslinda Abdullah. (2002). Psikologi. Kuala Lumpur :
McGraw Hill.

Saturday, January 9, 2010

TUGASAN PROJEK BM AKADEMIK 1

Negeri Sembilan yang satu-satunya negeri yang mengamalkan adat pepatih, mengandungi pelbagai unsur budaya dan kesenian yang unit dan wajar ditengahkan untuk tatapan generasi muda. Antaranya ialah bongai dan berendui yang mengandungi pelbagai jenis puisi. Bongai adalah sejenis lagu rakyat tradisional Negeri Sembilan yang dinyanyikan secara solo atau berduet. Bongai amat popular dalam kalangan masyarakat Negeri Sembilan suatu ketika dahulu, khususnya dalam majlis keramaian seperti perkahwinan dan sebagainya. Manakala berendui pula merupakan acara menidurkan bayi di dalam buaian yang dipersembahkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT atas kelahiran bayi tersebut. Berdasarkan kenyataan di atas, para pelajar dikehendaki menyiapkan tugasan projek seperti yang dinyatakan di bawah ini:

1. Menyediakan satu folio tugasan yang lengkap secara individu.
2. Menyediakan prosedur kerja dan senarai semak yang lengkap.
3. Nyatakan tarikh dari merancang, mengumpul bahan, menulis, menyemak dan menjilid.
4. Proses mengumpul maklumat dan bahan yang diperlukan menerusi pelbagai kaedah.
5. Analisis lirik lagu bongai dan berendui dari perspektif nasihat dalam pelbagai aspek.
6. Melakonkan adat merisik, bertunang, akad nikah, bersanding dan potong jambul dengan mengaplikasikan bongai dan berendui secara berkumpulan.

Pecahan Tajuk Kerja Projek BM Akademik 1

Kulit Warna Kuning
Soalan tugasan
Sekapur sirih dan gambar paspot warna
Isi kandung

BAHAGIAN 1 - Kebudayaan dan Keseniaan Melayu
1.0 Pendahuluan
1.1 Kebudayaan Melayu
1.1.1 Definisi dan konsep budaya
1.1.2 Fungsi kebudayaan Melayu
1.1.3 Ciri-ciri kebudayaan Melayu
1.1.4 Jenis danbentuk kebudayaan Melayu
1.2 Kesenian Melayu
1.2.1 Definisi dan konsep kesenian
1.2.2 Fungsi kesenian Melayu
1.2.3 Ciri-ciri kesenian Melayu
1.2.4 Jenis dan bentuk kesenian Melayu
1.3 Rumusan

BAHAGIAN 2 - Bongai dan Berendui
2.0 Pendahuluan
2.1 Bongai

2.1.1 Takrif bongai
2.1.2 Asal-usul bongai
2.1.3 Jenis-jenis bongai
2.1.4 Tujuan bongai
2.2 Berendui
2.2.1 Takrif berendui
2.2.2 Asal-usul berendui
2.2.3 Jenis-jenis berendui
2.2.4 Tujuan berendui
2.3 Rumusan

BAHAGIAN 3 - Kajian bongai dan berendui
3.0 Pendahuluan
3.1 Maklumat Kajian
3.1.1 Nama Kampung Kajian
a. sejarah dan asal-usul nama kampung
b. pentadbiran dan lokasi kampung kajian
3.1.2 Maklumat penduduk
a. jumlah penduduk
b. sosio-ekonomi penduduk
3.1.3 Maklumat responden
a. butiran peribadi spt. nama, pekerjaan, umur dll.
b. jawatan dalam masyarakat
3.2 Unsur nasihat dalam bongai
3.3 Unsur nasihat dalam berendui
3.4 Rumusan

BAHAGIAN 4 - Penutup
Nyatakan pendapat dan pendirian sendiri

Rujukan - gunakan sistem APA

Lampiran
1. Pelbagai gambar/foto serta keterangan
2. Dokumen sokongan (jika ada)
3. Senikata lagu
4. Refleksi
5. Borang kolaburasi
6. Prosedur kajian